MARI KITA MENDENGAR CERITA

Khamis, 13 Januari 2011

BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR

Pada zaman dahulu ada seekor burung gagak yang sedang kehausan.  Ketika itu cuaca sungguh panas.  Sudah beberapa hari hujan tidak turun.  Sudah puas ia terbang ke sana ke sini untuk mencari air untuk diminum. Oleh kerana ia sudah keletihan ia pun turun ke suatu tempat yang redup. Tiba-tiba ia terlihat ada satu takar yang berisi air.

Gagak:  Ehh..nampaknya ada sebuah takar  di bawah pokok tu.  Baik aku cuba lihat mungkin ada air di dalam takar itu.

Gagak:  Hmm...benar,  ada air di dalamnya.  Tetapi bagaimana aku boleh minum air yang berada di dalam takar ini.  Mulut takar ini panjang dan kecil pula.


Burung gagak sedang mencari air
 

Burung gagak berjalan-jalan untuk mencari air
 
Gagak: Ohhh...aku ada satu idea. Aku akan masukkan batu-batu kecil ke dalam takar itu. Nanti paras air itu tentu akan naik ke atas. Lepas itu bolehlah aku minum air itu sepuas-puasnya.

Gagak pun mulalah  mengambil batu-batu kecil dan diisikan ke dalam takar tersebut. Berulang-ulang kali ia memasukkan batu kecil ke dalam takar tersebut.  Apabila batu-batu kecil itu diisi dengan banyak ke dalam takar tersebut, menyebabkan paras air di dalam takar tersebut naik dan memudahkannya untuk minum.  Akhir sekali paruhnya dapat juga mencecah air di dalam takar tersebut dan ia pun menikmati air tersebut dengan sepuas-puasnya untuk menghilangkan dahaganya. Burung gagak berasa sangat gembira dan terbang tinggi untuk mencari makanan pula.

Daripada kesimpulan cerita ini, adik-adik hendaklah berusaha sepenuh hati dan menggunakan akal yang diberi oleh Allah sekiranya  adik berkehendakkan sesuatu...Jumpa lagi, wasalam....

Burung gagak sedang memasukkan batu-batu kecil ke dalam takar




















Jika adik-adik hendak menonton cerita Gagak Yang Cerdik terbitan Filem Negara Malaysia. Klik di bawah ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan