MARI KITA MENDENGAR CERITA

Simpulan Bahasa

Anak kandung
Anak yang dikandung dan dilahirkan oleh ibunya sendiri
Ali sangat disayangi oleh keluarganya kerana ia adalah  merupakan anak kandung keluarganya.
Anak angkat
Anak yang dipelihara oleh keluarga lain
Amir adalah anak angkat kerana Mak Limah bukan yang melahirkannya.
Berat Mulut
Orang yang pendiam
Anuar seorang yang berat mulut kerana ia seorang yang pendiam.
Buruk Siku
Orang yang meminta semula sesudah memberikan sesutu kepada orang lain.
Jika kita sudah memberi barangan itu janganlah jadi buruk siku dengan meminta semula barangan tersebut.
Buah tangan
Sesuatu barangan yang dibawa untuk seseorang
Mak membeli buah rambutan untuk dibawa ke rumah Mak Ngah sebagai buah tangan.
Cahaya mata
Orang yang baru mendapat anak
Zaiton menitis air mata kegembiraan kerana ia baru melahirkan cahaya matanya yang pertama.
Cakar ayam
Tulisan yang sangat buruk
Cikgu memarahi Amir kerana tulisannya yang seperti cakar ayam.
Ibu kandung
Ibu yang mengandungkannya dan melahirkan anaknya
Mak Limah adalah ibu kandung Ali kerana ia yang melahirkan Ali.
Hidung Tinggi
Orang yang sombong
Pak Hussin tidak suka bercampur dengan orang yang tidak di rumah setinggan itu kerana hidung tinggi.
Kaki Ayam Orang yang tidak memakai kasut/selipar kita berjalan di tanah
Jangan suka berkaki ayam ketika kita berjalan di luar rumah, kerana kaki akan mudah terkena benda-benda tajam seperti paku atau kaca.
Kaki Bangku Orang yang tidak pandai bermain bola
Ali tidak pandai bermain bola sepak kerana ia kaki bangku.
Telinga Kuali Orang yang tidak mendengar nasihat
Ibu Ali selalu menasihati anaknya supaya belajar bersungguh-sungguh tetapi dia tidak mendengar nasihat ibunya kerana ia telinga kuali.
Keras kepala
Orang yang sangat degil
Guru itu menasihati muridnya supaya tidak keras kepala dan mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Mulut murai
Orang yang banyak bercakap
Mak Siti itu seperti mulut murai kerana suka bercakap apabila berjumpa kawan-kawannya.
Ringan tulang
Orang yang rajin
Aminah disayangi oleh cikgu kerana ia suka membantu orang lain bekerja.