MARI KITA MENDENGAR CERITA

Khamis, 13 Januari 2011

BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR

Pada zaman dahulu ada seekor burung gagak yang sedang kehausan.  Ketika itu cuaca sungguh panas.  Sudah beberapa hari hujan tidak turun.  Gagak terbang ke sana sini mencari kawasan yang mempunyai air.  Setelah sekian lama ia terbang, tidak juga ia berjumpa kawasan air untuk diminum. Oleh kerana sudah keletihan, gagak pun turun ke suatu tempat yang redup. Tiba-tiba gagak terlihat ada satu takar di bawah pokok di kawasan padang yang lapang dan gagak pun turun ke bawah dan mengharapkan supaya ada air dalam takar tersebut.  

Gagak:  Ehh..nampaknya ada sebuah takar  di bawah pokok tu.  Baik aku cuba lihat mungkin ada air di dalam takar itu.


Gagak:  Hmm...benar,  ada air di dalamnya.  Tetapi bagaimana aku boleh minum air yang berada di dalam takar ini.  Mulut takar ini panjang dan kecil pula.


Burung gagak sedang mencari air


Burung gagak berjalan-jalan untuk mencari air

Gagak: Ohhh...aku ada satu idea.  Baik aku masukkan batu-batu kecil ke dalam takar itu. Nanti paras air itu tentu akan naik ke atas. Lepas itu bolehlah aku minum air itu sepuas-puasnya.

Gagak pun mulalah  mengambil batu-batu kecil dan diisikan ke dalam takar tersebut. Berulang-ulang kali ia memasukkan batu-batu  kecil ke dalam takar tersebut.  Apabila batu-batu kecil itu diisi ke dalam takar tersebut, menyebabkan paras air di dalam takar tersebut naik dan memudahkannya untuk minum.   Gembiranya gagak kerana dengan ideanya itu, dapat juga akhirnya ia dapat minum air dalam takar tersebut.   Gagak pun minum air tersebut dengan sepuas-puasnya untuk menghilangkan dahaga.  Setelah dahaganya hilang gagak pun terbang tinggi untuk mencari makanan pula.

Daripada kesimpulan cerita ini, adik-adik hendaklah berusaha sepenuh hati dan menggunakan akal yang diberi oleh Allah sekiranya  adik berkehendakkan sesuatu...Jumpa lagi, wasalam....

Burung gagak sedang memasukkan batu-batu kecil ke dalam takar





















Jika adik-adik hendak menonton cerita Gagak Yang Cerdik terbitan Filem Negara Malaysia. sila klik di bawah ini.